E-book ini bakal membantu anda mendapatkan idea & membuat keputusan berhubung design rumah idaman anda...!


 

ADAKAH ANDA 1ST TIME NAK BINA RUMAH & MASIH TIADA IDEA BERHUBUNG REKABENTUK RUMAH IDAMAN ANDA?


Dapatkan E-book koleksi design rumah terkini & terbesar yang mengandungi ratusan design rumah banglo setingkat, design rumah banglo 2 tingkat & juga design rumah semi-d.

Setiap rekabentuk akan disertakan dengan lakaran pelan lantai, 2 pandangan sisi, 
1 pandangan lukisan 3d perspektif dan juga maklumat rekabentuk seperti luas tapak, 
luas lot, luas ruang dalaman dan sebagainya yang pasti dapat membantu anda 
membuat perancangan bajet bagi membina rumah idaman anda.

Perhatian...!
Ini bukan koleksi gambar rumah yang dikumpul daripada internet dan buku-buku serta majalah, tetapi ini merupakan koleksi design rumah yang telah direkabentuk khusus oleh design arkitek berpengalaman dengan mengambilkira perancangan ruang yang biasa diperlukan oleh penduduk malaysia, iklim setempat & juga telah mengambilkira keperluan pengudaraan & pencahayaan dalam Undang-undang Bangunan Seragam yang digunapakai oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia)1


Tarikh: Khamis, 26 November 2015
Oleh : Amri Daud (Design Arkitek & juga Pengasas REKABENTUKRUMAH.COM)
Lokasi : Bandar Baru Bangi, Selangor

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Membina rumah merupakan perbelanjaan yang terbesar yang akan dikeluarkan oleh majoriti penduduk dunia sepanjang hidup. Jadi, ianya bukanlah perkara yang boleh dibuat secara ala kadar & main-main.

Perancangan yang teliti & teratur akan dapat mengelakkan anda yang ingin membina rumah mengalami kerugian yang besar dalam membina rumah idaman anda. Ini kerana ianya membabitkan kos yang tinggi di semua peringkat.

Perancangan membina rumah bermula dengan perancangan membuat lakaran pelan yang melibatkan penyusunan ruang, ukuran & luas, keterkaitan antara ruang & seterusnya akan menentukan rekabentuk keseluruhan rumah idaman anda. 

Bukan semua individu mampu menghasilkan pelan & rekabentuk yang terbaik jika tiada ilmu & pengalaman dalam bidang senibina. Bahkan, seorang arkitek perlu menghabiskan masa selama sekurang-kurangnya 5-6 tahun sebelum dapat menyumbangkan kepakaran kepada masyarakat.

Ramai yang tidak tahu bahawa pelan rumah yang berbeza akan membentuk rekabentuk keseluruhan rumah yang berbeza dan akan membabitkan kos pembinaan yang berbeza. Ramai yang menginginkan design rumah yang cantik seperti gambar rumah yang diambil dalam majalah, buku ataupun internet, namun jika bentuk tanah dan bajet yang ada tidak selari, design rumah tersebut akan menjadi cukup berbeza.
 
Tanpa ilmu yang cukup, ramai yang telah terperangkap dalam proses membina rumah apabila sekadar merujuk sumber yang tidak tepat dalam membina rumah idaman mereka. Akibatnya, kos melebihi bajet, rumah tidak dapat disiapkan atau rumah disiapkan dalam keadaan hodoh.

Bagi menyelesaikan masalah ini, sebenarnya anda memerlukan bantuan seorang arkitek untuk menyediakan draf design sebelum anda mencari kontraktor kerana ianya akan menjimatkan banyak wang anda. Tapi, berapa ramai arkitek yang dapat memenuhi keperluan anda apabila mereka terpaksa menumpukan lebih perhatian kepada projek-projek yang lebih besar.

Keadaan menjadi lebih sukar jika anda tinggal di kampung atau di kawasan luar bandar apabila jarak menjadi penghalang. 

Upah untuk perkhidmatan arkitek juga bukannya murah. Biasanya, untuk penyediaan design sahaja, cajnya adalah sekitar 1-2 % daripada anggaran kos. Bayangkan jika bajet anda adalah RM 150 ribu, upah untuk buat design sahaja sudah mencecah sekurang-kurangnya RM 1500. Mahal kan..?

 
Manakala upah keseluruhan bagi perunding arkitek pula biasanya adalah antara 6-8 % daripada anggaran kos jika membabitkan skop kerja membuat submission kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) & juga bagi mendapatkan CCC atau dahulunya dikenali sebagai CF..

Bagi tujuan penyediaan draf design awal untuk mendapatkan anggaran kos pembinaan pula, ramai yang tidak dapat menyediakan perkhidmatan tersebut kerana tiada masa & nilai projek yang kecil. Jika ada, biasanya caj yang dikenakan adalah antara RM 300-500 untuk satu design. 

3 SEBAB KENAPA ANDA MEMERLUKAN DRAF DESIGN AWAL SEPERTI YANG KAMI TELAH SEDIAKAN DIDALAM E-BOOK 200 KOLEKSI DESIGN RUMAH TERKINI INI...!

Sebab no 1
Ianya akan membantu anda & keluarga mendapatkan draf rekabentuk yang diinginkan. Perlu diingat, pelan yang berbeza akan membentuk rekabentuk keseluruhan yang berbeza.

Sebab no 2
Daripada draf design awal, anda sebenarnya sudah boleh mengira anggaran kos pembinaan. Dan biasanya anggaran ini tidak jauh berbeza daripada kos akhir jika tidak banyak pindaan yang yang dibuat. Ianya juga akan membantu memudahkan urusan anda untuk perancangan membuat pinjaman dengan bank atau institusi kewangan.

Sebab no 3
Ianya akan membantu menjimatkan masa dan memudahkan anda dalam urusan penyediaan lukisan kerja & membuat submission kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini kerana masa yang lama akan diambil jika penyediaan design bermula dengan kosong.


Jadi, bagi membantu anda yang 1st time nak bina rumah, saya bersama-sama team design arkitek di REKABENTUKRUMAH.COM telah menyediakan ratusan koleksi design rumah yang telah direkabentuk khusus oleh design arkitek berpengalaman lengkap dengan lukisan 3D.

Koleksi design ini telah mengambilkira perancangan ruang yang biasa diperlukan oleh penduduk malaysia, iklim setempat & juga telah mengambilkira keperluan pengudaraan & pencahayaan dalam Undang-undang Bangunan Seragam yang digunapakai oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia.


Bagi membantu memudahkan anda, kami mengambil masa hampir 2 tahun untuk menyediakan koleksi design ini...


Ianya semata-mata kerana ingin membantu anda & bakal pelanggan yang 1st time ingin membina rumah idaman mendapatkan idea serta membuat perancangan bajet bagi membina rumah. Ini kerana, setiap langkah yang silap dalam proses membina rumah akan menyebabkan anda kerugian ribuan ringgit wang anda. 

Bayangkan jika anda boleh memiliki ratusan koleksi design rumah yang telah disediakan oleh arkitek berpengalaman ini sebagai panduan awal anda membuat perancangan bagi membina rumah idaman anda tanpa anda perlu membayar ratusan atau ribuan ringgit...! MUDAH kan...!

ADAKAH ANDA BERMINAT?

Dapatkan E-Book 200 Koleksi Design Rumah Terkini hari ini...

Kami sebenarnya benar-benar ingin membantu anda...!

Siapa saya dan bagaimana saya boleh membantu anda dalam hal ini?

Saya adalah Amri Daud & merupakan seorang design arkitek sepenuh masa serta merupakan Pengasas Galeri Design Rumah Online terbesar di Malaysia iaitu REKABENTUKRUMAH.COM. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengajian Senibina) daripada UIAM pada tahun 2004 dan Ijazah Sarjana Muda Senibina juga daripada UIAM pada tahun 2006.


Pernah berkerja di beberapa syarikat arkitek ternama seperti Kumpulan Senireka, Arkitek Karya Budi serta Arkitek Urusbina dan telah mengendalikan pelbagai projek samada institusi pendidikan, perumahan, komersial, masjid dan hospital pakar.
 
Sebelum ini, skop kerja yang pernah saya kendalikan adalah bermula daripada penyediaan brief, penyediaan rekabentuk awal bagi membolehkan Quantiti Surveyor menyediakan anggaran kos, lukisan kerja & pembinaan, submission kepada PBT & juga melakukan 'inspection' bagi mendapatkan CF (atau sekarang dikenali sebagai CCC-Certificate of Completion & Compliance).

Saya juga pernah bekerja sebagai 'Resident Arkitek' bagi mengendalikan dan memantau kerja-kerja di tapak untuk pembinaan bangunan kediaman pelajar dengan kos melebihi RM 40 juta.

Saya memilih untuk memulakan REKABENTUKRUMAH.COM sejak November 2011 disebabkan minat yang lebih mendalam dalam bidang penyediaan rekabentuk & lukisan pembinaan. 

Ianya juga kerana ingin membantu bakal pemilik rumah di seluruh negara mendapatkan pelan & design rumah yang berkualiti pada harga diskaun disamping ingin membantu mengurangkan risiko pembaziran & kerugian di tapak bina yang terpaksa ditanggung oleh pemilik seandainya rumah dibina tanpa sebarang pelan yang lengkap. (Perkara ini banyak terjadi di kawasan kampung & di luar bandar).


KENAPA E-BOOK INI DIHASILKAN?


Membina rumah sememangnya lebih menjimatkan berbanding anda membeli rumah yang telah siap. Sekurang-kurangnya anda dapat menjimatkan antara 20-40% daripada harga jualan.

3 SEBAB UTAMA kenapa E-book ini dihasilkan

  1. Ramai bakal pemilik rumah yang tengah 'survey' design rumah terbaik bagi memenuhi keperluan keluarga mereka. Namun, buat masa sekarang, tiada katalog design rumah khusus yang sesuai dengan iklim & budaya majoriti masyarakat di Malaysia. Kalau ada pun banyak katalog daripada negara luar yang rekabentuknya tidak sesuai dengan iklim & budaya masyarakat di Malaysia. Terdapat 200 koleksi design kesemuanya dalam e-book yang kami hasilkan ini yang pastinya dapat membantu anda membuat pilihan.
  2. Ramai bakal pemilik rumah yang tengah membuat bajet untuk membina rumah samada dengan kadar segera atau mungkin dalam 2-3 tahun lagi. Apabila nak buat bajet, at least nak kena ada basic design & kena tahu berapa luas ruang berdinding & berapa luas anjung berbumbung. Pelan rumah juga perlu sesuai dengan keluasan tanah. Setiap rekabentuk yang ada didalam E-book ini ada dinyatakan maklumat-maklumat di atas. Jadi tiada masalah untuk anda mengira anggaran kos pembinaan.
  3. Pelan tidak menentukan segala-galanya. Ramai yang beranggapan dah ada draf pelan lantai sahaja dah cukup. Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh kebanyakkan orang ialah hanya ada lakaran pelan lantai sahaja yang menyebabkan berlaku pembaziran semasa pembinaan. Bagi membantu anda mengelakkan masalah ini terjadi, setiap design didalam e-book ini akan dilengkapi dengan 1 pandangan 3D Perspektif. 

APA YANG BAKAL ANDA PEROLEHI DIDALAM E-BOOK INI?

Didalam E-Book “200 KOLEKSI DESIGN RUMAH IDAMAN” ini, ianya mengandungi:-

  • 124 KOLEKSI DESIGN RUMAH SETINGKAT
  • 61 KOLEKSI DESIGN RUMAH 2 TINGKAT
  • 15 KOLEKSI DESIGN RUMAH SEMI-D SETINGKAT

Didalam koleksi design terbaru ini, setiap rekabentuk akan didedahkan dengan maklumat berikut bagi membantu memudahkan anda:-

  1. Saiz lot minima yang diperlukan (telah mengambilkira keperluan anjakan bangunan)
  2. Luas tapak (Bagi membantu anda memilih design yang sesuai dengan lot tanah yang anda miliki)
  3. Luas Ruang Berdinding (Bagi membantu anda mengira anggaran kos pembinaan)
  4. Luas Anjung Berbumbung (Bagi membantu anda mengira anggaran kos pembinaan)
  5. Luas Keseluruhan (Bagi membantu anda mengira anggaran kos pembinaan)
  6. Senarai & luas setiap ruang serta bilik (Bagi membantu anda melihat keluasan setiap bilik/ruang yang kami sediakan dalam unit meter & kaki sesuai dengan keperluan keluarga anda)
  7. Lakaran Pelan Lantai (Bagi membantu anda melihat keterkaitan antara ruang serta keselesaan ruang dengan bantuan susunatur perabot yang kami sediakan)
  8. 1 Lukisan Perspektif 3D luaran (Bagi membantu anda memahami rekabentuk secara keseluruhan)
  9. 2 Lukisan Pandangan sisi

JADI...JANGAN TUNGGU LAGI...!

BUATLAH KEPUTUSAN SEKARANG SEBELUM JUALAN E-BOOK INI DITUTUP..

Anda pasti tertanya-tanya, berapakah harga E-Book yang bakal membantu menjimatkan masa, memberikan idea terkini serta membantu anda membuat bajet bagi membina rumah idaman anda nanti?

Jika anda melantik design arkitek/pelukis pelan untuk menyediakan DRAF LAKARAN AWAL untuk anda, anda sekurang-kurangnya perlu membelanjakan RM 300. (Caj paling minima untuk 1 DRAF LAKARAN AWAL bagi tujuan mengira kos)

Ianya hanya untuk 1 design & kadang kala tidak termasuk dengan lukisan 3D...


Harga PROMOSI yang kami tawarkan untuk E-Book ini 

RM 180 RM 100 sahaja

(Untuk 200 koleksi design rumah)


Namun, jika anda membuat tempahan SEKARANG, kami akan berikan E-Book PERCUMA bernilai RM 60 bertajuk

"FORMULA MENGIRA ANGGARAN KASAR KOS PEMBINAAN".


E-Book ini kami akan berikan kepada 100 pelanggan pertama sahaja.

Sekarang, sudah ada 78 85 pelanggan yang membuat tempahan.


Jadi bertindaklah sekarang kerana anda dijamin tidak rugi.

Jika anda tidak berpuas hati dengan E-Book yang kami sediakan, mohon hubungi kami semula untuk kami kembalikan semula 100% wang tempahan anda. Ini kerana anda diberikan jaminan 30 hari JAMINAN PULANGAN WANG. 

YA... SAYA INGIN MENEMPAH E-BOOK INI SEKARANG...!


Hakcipta Terpelihara © 2015-Koleksi Design Rumah.com ::
Halaman Web ini dijana dan diperkuasakan oleh Mini Site Mudah(MSM)